Langkah 1: Download Aplikasi Capcut
- Buka aplikasi CapCut di telefon ataupun laptop anda.
- Sebelum memulakan edit video baru, pergi ke setting (kanan atas).
- Setelah tekan setting anda akan lihat toolbar seperti draft,edit,performance, language.
- Pilih edit dan tick (tanda) seperti yang ditunjukkan dalam rajah di bawah dan kemudian tekan save.
- Selepas anda save, anda boleh memulakan editing seperti biasa.
- Pilih “New project” atau “Create project” untuk memulakan edit video baru.
- Pilih video yang ingin anda edit dari galeri/device dan tekan “add.”
Langkah 2: Extract Video
- Pada bahagian interface di capcut. Drag (tarik) video daripada library ke timeline untuk edit.
- Pada bahagian toolbar (atas kiri) , pilih text dan drag (tarik) ke atas video track.
- Edit text mengikut kreativiti anda.
Setelah siap edit untuk bahagian text , anda boleh pilih animation (atas kanan) mengikut kreativiti yang anda inginkan. - Untuk animation , anda boleh adjust supaya lebih smooth dan selaras dengan video.
- Pada timeline video yang sama , duplicate / copy supaya video menjadi 2 timeline dan 1 lagi timeline untuk text.
Langkah 3 : Buat Overlay
- Pindahkan text ke bahagian tengah timeline antara 2 video.
- (Optional) Anda juga boleh compile video pertama (bawah sekali) dengan dengan text melalui kaedah “create compound click” pada mouse kiri.
- Jika tidak compile,pilih video pada timeline atas sekali dan pada toolbar (kanan atas) pilih “auto removal” ataupun “auto cutout” . Tujuan ini dilakukan adalah untuk remove background pada video.
Langkah 4 : Export video
- Setelah selesai mengedit, tekan butang Eksport di penjuru kanan atas skrin.
- Pilih resolution dan kualiti video yang anda inginkan, kemudian tekan Eksport sekali lagi dan tunggu sehingga proses export selesai.
Tips Tambahan
- Pilih font yang sesuai : Pilih font yang jelas dan mudah dibaca, terutamanya untuk teks yang akan muncul dalam video. Pastikan font tersebut sesuai dengan tema video anda.
- Apply animation pada text : CapCut menawarkan pelbagai animation teks. Gunakan animation ini untuk membuatkan teks anda lebih menarik. Pilih animation yang sesuai dengan mood dan style video anda.
- Gunakan teks untuk highlight konten : Gunakan teks untuk highlight perkara penting dalam video anda. Contohnya, anda boleh menambah teks untuk fokus kepada fakta utama atau mesej utama yang ingin disampaikan.
Dengan mengikuti langkah-langkah ini, anda boleh menambahkan teks overlay yang menarik pada video menggunakan CapCut.
Anda perlukan bimbingan video? Dapatkan video panduan edit video capcut dalam pakej combo di bawah!