Bukan mudah untuk memasarkan suatu produk mahupun perkhidmatan yang ingin dijual tanpa ada sebarang ilmu pemasaran yang baik. Jika tersilap langkah, bukan sahaja tiada orang membeli, bahkan modal yang dilaburkan pun akan dibazirkan begitu sahaja.
Ilmu pemasaran merupakan sebuah seni yang perlu sentiasa digilap kerana ia sentiasa beradaptasi dengan perubahan zaman. Namun begitu, terdapat 7 strategi yang boleh dijadikan asas untuk mendapatkan rentak pemasaran yang baik.
1. Perancangan pemasaran
Inilah asas paling utama untuk berjaya dalam perniagaan. Tetapi, apa yang mahu dirancangkan? Sebagai permulaan, fahami secara terperinci corak pemasaran dalam industri yang anda ceburi. Misalnya, jika anda menceburi bidang fesyen pakaian, maka anda perlu menyelidik terlebih dahulu produk yang paling digemari dan sedang menjadi trend. Kuncinya, kaji apa yang pelanggan suka, bukan apa yang anda suka semata-mata. Kemudian, buat perancangan pemasaran untuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.
2. Kenal pasti pesaing
Jangan terburu-buru membuat pemasaran tanpa mengenali pesaing-pesaing anda terlebih dahulu. Kaji pesaing-pesaing yang mempunyai skop perniagaan yang sama seperti perniagaan yang mahu anda lakukan. Perlu diingat, tindakan untuk mengenal pesaing ini bukanlah untuk mencari cara menjatuhkan perniagaan orang lain, tetapi ia menjadi kaedah untuk memastikan tawaran yang ingin anda bawakan itu unik dan berlainan dengan pesaing agar pemasaran anda lebih menonjol. Anda juga boleh mengkaji cara pemasaran yang dilakukan pesaing untuk anda melakukan penambahbaikan keatas aktiviti pemasaran anda. Namun, jika industi yang anda ceburi itu pasarannya kecil, kadang-kala persamaan tidak dapat dielakkan. Jika ia terjadi, lakukan beberapa perkara agar produk atau perkhidmatan anda lebih dikenali.
3. Hasilkan produk atau perkhidmatan yang berkualiti
Pentingkah kualiti produk dalam strategi produk ini? Sudah pasti penting kerana tentunya anda tidak mahu pelanggan hanya membeli sekali sahaja. Apabila pelanggan membeli berulang kali, secara tidak langsung kos pemasaran anda turut dapat dijimatkan. Pelanggan juga berpuas hati dan akan mencanangkan produk atau perkhidmatan anda kepada kenalan mereka, secara tidak langsung mereka telah melaksanakan pemasaran percuma untuk anda.
4. Tampilkan produk atau perkhidmatan anda secara kreatif
Pernah terfikir tak mengapa walaupun kualiti produk anda sangat tiptop, tetapi jualan anda masih sendu. Salah satu faktornya adalah cara anda menampilkan produk atau perkhidmatan tersebut tidak begitu kreatif. Katakan anda menjual pakaian yang sangat berkualiti, namun jika bungkusannya kusam dan tidak menarik, pelanggan akan menganggapnya produk yang tidak berkualiti. Itulah yang dipanggil first impression dan ia menjadi suatu elemen yang amat penting bagi menarik perhatian pelanggan untuk membeli. Jika bungkusannya sudah menarik, tetapi penghasilan video atau poster untuk mempromosi produk tersebut tidak menarik, ia turut mengganggu proses jualan anda. Inilah yang menjadi masalah kebanyakan syarikat untuk menghasilkan bahan kreatif bagi produk atau perkhidmatan mereka. Apa penyelesaiannya? Jika anda tidak kemampuan untuk menghasilkan bahan kreatif yang menarik, serah sahaja kepada kami Digievo Sdn. Bhd. kerana ini adalah salah satu daripada kepakaran kami iaitu menghasilkan video dan poster yang menarik dan mengikut arus semasa. Dengan penampilan produk yang menarik dan kreatif, pasti pelanggan akan lebih tertarik dengan tawaran anda.
5. Menguasai pemasaran digital
Jika anda membuat iklan menggunakan sepanduk di tepi-tepi jalan raya, anda hanya mampu menarik ribuan atau paling tidak ratusan orang sahaja untuk mengenali produk anda. Namun, jika anda membuat iklan di platform digital seperti Facebook, Tiktok dan sebagainya, angka yang mengenali produk anda boleh mencecah jutaan orang, malah dengan kepesatan teknologi pada hari ini, ia mampu dipasarkan ke seluruh dunia dengan hanya satu klik sahaja! Namun, oleh kerana ilmu pemasaran digital ini memerlukan sedikit kemahiran teknikal, tidak semua orang mempunyai kemahiran sebegitu. Jadi, bagaimana mahu menguasai pemasaran digital? Usah risau kerana salah satu kepakaran Digievo Sdn. Bhd. ialah menjalankan pemasaran digital secara agresif. Digievo sedia membantu anda menguasai dunia pemasaran digital ini dengan lebih cekap dan berkesan.
6. Tawarkan promosi
Semua orang suka dengan harga yang lebih murah. Semua orang suka diberikan hadiah apabila membeli barang. Inilah fitrah manusia. Sebagai orang yang menjalankan perniagaan, sudah pasti anda sedaya upaya akan memastikan orang ramai suka dengan tawaran anda ini kerana semakin ramai orang suka, semakin cerah peluang untuk jualan menjadi. Namun, jangan jadikan promosi ini sebagai rutin kerana ia tidak baik untuk aliran kewangan anda. Lakukan secara berkala, biarkan pelanggan lapar dan tertunggu-tunggu dengan promosi kita. Bila kena dengan prosesnya, jualan anda pasti meningkat mendadak.
7. Menjaga kepuasan hati pelanggan
Jika diperhatikan, mengapa pelanggan sering membeli dengan kita berulang kali? Terdapat dua perkara penting iaitu kualiti produk dan layanan perkhidmatan yang diberikan. Jika produk berkualiti, tetapi layanan perkhidmatan yang diberikan teruk, sukar untuk memastikan pelanggan akan kekal setia, dan mungkin mereka akan membeli dengan pesaing kita. Namun, jika terdapat sedikit masalah kualiti pada produk, tetapi kita dapat memberikan khidmat pelanggan yang terbaik hingga pelanggan berpuas hati, potensi untuk pelanggan membeli berulang kali lebih tinggi.