Blog

Cara Membuat Video CapCut Tanpa Watermark

CARA NAK EDIT VIDEO DI CAPCUT, TANPA WATERMARK

CapCut adalah aplikasi penyuntingan video (edit video) yang popular dan menawarkan pelbagai ciri, termasuk menambah dan mengedit teks, peralihan (transition), dan efek (effect)Lebih memudahkan pengguna apabila terdapat banyak template yang disediakan dalam aplikasi tersebut (Download: Aplikasi Capcut). Ada  yang percuma dan ada juga yang berbayar.

Salah satu masalah umum yang dihadapi pengguna apabila menggunakan template adalah watermark yang muncul pada video yang di eksport.Watermark ini boleh dihilangkan sebenarnya. Bukan CapCut Pro sahaja boleh hilang watermark, Versi Percuma pun juga boleh hilangkan watermark di video pengguna.

 

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk menghilangkan watermark di CapCut:

#1 Menggunakan Versi Percuma

Jika anda lebih suka tidak membayar untuk CapCut Pro, anda masih boleh menghilangkan watermark dengan langkah-langkah berikut:

 

1. Buka CapCut & Mulakan Projek Baru (New Project):

  • Lancarkan aplikasi Capcut dan mulakan projek baru.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

2. Edit Video:

  • Import video anda dan edit video anda seperti biasa.
  • Selesai edit, klik butang ‘Export’ di bahagian atas kanan screen.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

3. Hilangkan Watermark Semasa Eksport:

  • Apabila anda bersedia untuk mengeksport, klik ikon eksport.
  • Cari pilihan yang mengatakan “Hilangkan Watermark” atau “Without CapCut Watermark” semasa proses eksport.
  • Anda mungkin perlu menonton iklan atau mengikuti beberapa arahan untuk menghilangkan watermark secara percuma.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Atau anda boleh guna cara yang kedua, iaitu 

 

#2 Memotong Video

Satu lagi cara adalah dengan memotong video untuk menghilangkan watermark. Harap maklum bahawa kaedah ini mungkin akan mempengaruhi bingkai video anda:

 

1. Buka CapCut & Mulakan Projek Baru (New Project):

  • Lancarkan aplikasi Capcut dan mulakan projek baru.

2. Import Video:

  • Import video yang mempunyai watermark.

 

3. Potong Video (Cut Video):

  • Klik klip video dalam garis masa (timeline).

  • Gunakan dua jari untuk sesuaikan bingkai video supaya tidak termasuk watermark.

  • Ini mungkin akan mengurangkan saiz keseluruhan video, jadi sesuaikan elemen lain jika perlu.

4. Eksport Video:

  • Eksport video yang telah dipotong.

Sekarang anda dah tahu bagaimana cara untuk hilangkan watermark bukan? Kini anda boleh belajar pula taktik untuk pasarkan produk anda di platform yang bersesuaian seperti Tiktok, Instagram dan sebagainya.  

Selamat mencuba!

Artikel Disyorkan

© 2024 Digievo Sdn Bhd (1423435-W) Hak Cipta Terpelihara. 

Isi Maklumat Anda

Kami akan Menghubungi Anda Dalam Masa Terdekat