Blog

5 Cara Bercakap Depan Kamera Supaya Live TikTok & Shopee Tak Kaku

A person records a man showcasing a pair of sneakers during a live stream in a shoe store.

Ramai orang nak buat live di TikTok atau Shopee, tapi bila kamera mula rekod, terus kaku, suara perlahan, muka jadi cuak, dan ayat jadi tersangkut. Jangan risau, masalah ini sangat biasa. Dengan teknik yang betul, sesiapa sahaja boleh improve cara bercakap depan kamera dan jadi lebih natural. Dalam artikel ini, kita akan belajar 5 cara bercakap depan kamera yang mudah dipraktikkan, supaya live anda lebih yakin dan mampu menarik perhatian penonton.

1. Buat Warm Up Suara dan Muka Sebelum Live

Ramai yang terus tekan butang ‘Go Live’ tanpa persediaan. Sebenarnya, otot muka dan suara kita perlukan warm up, sama macam badan sebelum bersenam. Warm up membantu suara lebih jelas, sebutan lebih terang, dan ekspresi muka lebih hidup.

Apa yang boleh dibuat:

  • Senyum lebar selama 10 saat (untuk longgarkan otot muka)

     

  • Tarik nafas dalam 5 kali (untuk tenangkan diri)

     

  • Cuba sebut ayat pendek seperti “Ba-ba-ba” “La-la-la” atau “Ka-ra-oke” untuk panaskan suara

     

Warm up ini membantu anda rasa lebih bersedia, sekaligus menjadikan cara bercakap depan kamera lebih natural.

2. Kenal Siapa Sasaran Penonton Anda 

Orang akan rasa lebih tenang bila bercakap dengan “seseorang”, bukan bercakap dengan lensa kosong. Sebab itu penting untuk tentukan penonton sasaran sebelum live.

Contohnya:

  • Jika berniaga tudung: bayangkan anda sedang bercakap dengan wanita usia 25–40 tahun.
  • Jika jual makanan: bayangkan penonton yang suka masak atau suka cuba menu baru.

     

Tip mudah:
Bayangkan kamera itu adalah kawan rapat yang selalu support anda. Bila mindset berubah, cara bercakap depan kamera akan jadi lebih lembut, mesra dan tak kaku.

3. Sediakan Skrip Ringkas, Bukan Hafal Semua Ayat 

Kesilapan paling biasa ialah cuba hafal ayat satu per satu. Ini menyebabkan fikiran tertekan dan mulut jadi kaku apabila terlupa ayat.

Sebaliknya, buat skrip berbentuk point sahaja:

Contoh skrip ringkas Live TikTok Shopee:

  1. Opening — beri salam + perkenalkan diri
  2. Cerita ringkas tentang produk
  3. Demo / tunjukkan cara penggunaan
  4. Jawab komen penonton
  5. Call to action — ajak beli atau follow

     

Dengan skrip ringkas, cara bercakap depan kamera jadi lebih fleksibel, spontan dan tak nampak dibuat-buat.

4. Gunakan Bunyi, Mimik & Bahasa Badan

Live bukan sekadar bercakap. Penonton suka tengok energy dan personaliti. Kalau hanya baca ayat macam robot, penonton cepat bosan dan terus scroll.

Untuk elakkan ini:

  • Gunakan intonasi — naikkan atau rendahkan suara pada bahagian tertentu.
  • Senyum selalu agar penonton rasa vibe positif.
  • Gerakkan tangan sedikit bila menerangkan sesuatu supaya komunikasi tak nampak kaku.

     

Bila bahasa badan hidup, cara bercakap depan kamera akan kelihatan lebih bermaya dan meyakinkan.

5. Latih Diri Dengan Rekod Video Short 30 Saat 

Keyakinan tidak datang dalam sehari. Ia datang melalui latihan. Cara paling mudah adalah:

  1. On kamera
  2. Rekod diri cakap tentang apa-apa selama 30 saat
  3. Tengok balik video sendiri

     

Perhatikan:

  • Nada suara
  • Expression muka
  • Tempo bercakap

     

Jangan kritik diri terlalu keras. Fokus setiap hari improve sedikit demi sedikit. Walaupun hanya 1% improvement sehari, dalam sebulan perubahan sangat ketara.

Ini ialah cara paling efektif untuk memperbaiki cara bercakap depan kamera secara konsisten.

Kesimpulan 

Bercakap depan kamera tidaklah sesukar yang disangka. Yang penting ialah:

  • Warm up sebelum live
  • Bayangkan penonton anda
  • Guna skrip poin, bukan hafal ayat
  • Gunakan ekspresi & energy
  • Latih secara konsisten setiap hari

     

Dengan 5 langkah ini, live TikTok dan Shopee anda akan rasa lebih mudah, lebih yakin, dan lebih natural. Penonton juga akan lebih terhibur dan cenderung untuk membeli atau follow.

Ingat: Keyakinan datang dari latihan, bukan dari menunggu rasa “bersedia”.

Kongsi: 

Facebook
WhatsApp
Threads
Telegram