Blog

Tutorial Masking di Capcut

Langkah 1: Download Aplikasi Capcut

Buka aplikasi CapCut di telefon ataupun laptop anda. Tekan butang “New project” atau “Create project” untuk memulakan edit video baru.

Pilih video yang ingin anda edit dari galeri/device anda dan tekan “add.”

 

Langkah 2: Masukkan “Text”

  1. Pilih “text” pada bahagian toolbar (kiri atas)
  2. Drag (Tarik) default text dari kotak library ke bahagian timeline video.
  3. Edit text mengikut kreativiti anda pada bahagian bar modify details (kanan) .
  4. Setelah edit/adjust text mengikut kreativiti anda , drag (tarik) pada layer text sehingga hujung video supaya selaras dengan video.

 

Langkah 3 : Extract video

  1. Tambahkan video yang sama
  2. Letakkan video tersebut pada layer atas video pertama.
    Untuk bahagian “text” yang telah sedia ada, letak pada bahagian layer paling atas.
  3. Compile (gabung) “text” dan video kedua (tekan mouse kiri)
  4. Anda mempunyai 3 cara yang boleh dipilih untuk “compile” seperti :
    – Create compound clip
    – Alt + G
    – Ctrl + (mouse) drag text ke video

 

Langkah 4 : Pilih alat Masking

  1. Setelah “compile” anda akan dapat lihat ada 2 timeline ( 1 video + text yang telah di compound , 1 video raw ).
  2. Di bahagian toolbar atas (kanan) cari bahagian video dan pilih “Mask”.
  3. Tekan `Mask` untuk membuka pilihan masking.
  4. Anda akan melihat beberapa pilihan mask seperti `Line` (Garis), `Circle` (Bulatan), `Rectangle` (Segi empat), dan lain-lain.
  5. Pilih jenis mask yang sesuai dengan effect yang anda inginkan.

 

Langkah 5: Laraskan Mask

  1. Gunakan jari (mouse kanan) anda untuk melaraskan mask pada video.
  2. Anda boleh mengubah saiz, posisi, dan bentuk mask mengikut keperluan.
  3. Pastikan anda tekan “add keyframe”
  4. Jika anda mahu, anda juga boleh menggunakan pilihan `Invert` (Terbalik) untuk menukar bahagian yang dimask.
  5. Gerakkan masking selaras dengan pergerakan dalam video mengikut kreativiti anda.
  6. Anda juga boleh tap (tekan) “spacebar” pada keyboard untuk kawal video dan jari anda (mouse kanan) pula untuk melaraskan masking.

 

Langkah 6: Additional Effect (optional)

  1. Anda boleh buat additional effect seperti `Feather` (Lembutkan) untuk membuat tepi mask lebih lembut dan natural.
  2. Scroll pada bahagian masking sehingga anda jumpa “feather” dan adjust mengikut kreativiti anda.
  3. Mainkan video untuk melihat hasilnya dan buat sebarang perubahan jika perlu.

 

Langkah 7: Simpan dan eksport video

  1. Apabila anda berpuas hati dengan hasil edit, tekan butang `Export` di bahagian atas skrin.
  2. Pilih resolusi dan kualiti video yang anda inginkan, kemudian tekan `Export` sekali lagi.
  3. Tunggu sehingga proses eksport selesai dan video anda sedia untuk dikongsi!

Tips Tambahan

  • Pastikan video asal dan overlay mempunyai pencahayaan dan warna yang serupa untuk hasil yang lebih natural.
  • Anda juga boleh explore pelbagai jenis mask untuk dapatkan effect yang berbeza.
  • Gunakan additional effect seperti ‘Blur’ (Kaburkan) atau ‘Filter’ untuk menjadikan video lebih menarik.

Semoga tutorial ini membantu anda dalam mencipta video yang kreatif menggunakan CapCut!

Anda perlukan bimbingan video? Dapatkan video panduan edit video capcut dalam pakej combo di bawah!

Artikel Disyorkan

© 2024 Digievo Sdn Bhd (1423435-W) Hak Cipta Terpelihara. 

Isi Maklumat Anda

Kami akan Menghubungi Anda Dalam Masa Terdekat