Blog

Tutorial Color Grading Di Capcut

Tutorial Color Grading di CapCut

 

Langkah 1: Buka Aplikasi CapCut

1. Buka aplikasi CapCut di telefon ataupun laptop anda.
2. Tekan butang “New project” atau “Create project” untuk memulakan edit video baru.
3. Pilih video yang ingin anda edit dari galeri/device anda dan tekan “add.”

 

Langkah 2: Masuk ke Tools Editing

1. Selepas upload video ke timeline, tekan pada video untuk edit.
2. Pada bahagian toolbar (kiri atas) , pilih “Adjust”.

 

Langkah 3: Gunakan Filter

1. Di dalam toolbar, cari dan pilih “filter”.
2. Anda akan melihat pelbagai pilihan filter . Pilih filter yang sesuai dengan mood atau style yang anda mahukan.
3. Selepas memilih filter yang di inginkan , drag filter tersebut dari kotak library ke bahagian track video .
4. Pada bahagian layer filter yang dipilih untuk video. Drag (tarik) sehingga hujung video supaya filter selaras dengan video.

 

Langkah 4: Penyesuaian Warna (Adjust)

1. Selain filter, CapCut juga menyediakan alat penyesuaian warna. Tekan adjust (penyesuaian).
2. Di sini, anda boleh menyesuaikan kecerahan (brightness), kontras (contrast), ketepuan (saturation), pencahayaan (exposure), dan lain-lain.
3. Gunakan slider untuk menyesuaikan setiap parameter sehingga anda mendapat hasil yang diinginkan.

 

Langkah 5: Simpan dan Eksport Video

1. Setelah berpuas hati dengan color grading, tekan “save as preset” untuk menyimpan perubahan.
2. Tekan butang “Eksport” di sudut kanan atas skrin untuk menyimpan video anda. Pilih resolution dan kadar bingkai (frame rate) yang sesuai sebelum menekan “Selesai” atau “Export.”

 

Tips tambahan


Sebagai editor , anda boleh explore pelbagai kombinasi filter dan penyesuaian untuk mencipta gaya unik anda.
Jangan terlalu keterlaluan dalam menyesuaikan warna. Tujuan utama color grading adalah untuk memperbaiki kualiti visual, bukan untuk menjadikan video kelihatan tidak semula jadi.

Selamat mencuba!

Artikel Disyorkan

© 2024 Digievo Sdn Bhd (1423435-W) Hak Cipta Terpelihara. 

Isi Maklumat Anda

Kami akan Menghubungi Anda Dalam Masa Terdekat