Blog

Teknik Masking di Capcut

Apa itu “Masking”?

Masking adalah teknik yang sangat berguna dalam video editing untuk menyembunyikan atau menonjolkan bahagian tertentu dalam video. Dengan CapCut, anda boleh mencipta visual effect yang menarik dan profesional

Kegunaan Masking

 
  • Exposed Bahagian Content

Masking membolehkan anda menonjolkan atau fokuskan bahagian tertentu dalam video, menjadikan elemen penting lebih menonjol.

  • Menyembunyikan Elemen yang Tidak Diingini

Anda boleh menggunakan masking untuk menyembunyikan bahagian video yang tidak diingini atau tidak relevan.

  • Visual Effect lebih kreatif

Masking membolehkan anda mencipta visual effect yang menarik seperti double exposure, transparent effect, atau combined dua video dalam satu frame.

  • Control video dengan lebih baik

Dengan masking, anda mendapat kawalan yang lebih baik terhadap suntingan video atau lebih tepat lagi menjadi suntingan yang lebih smooth.

  • Konten lebih profesional

Menggunakan teknik masking boleh menjadikan video anda kelihatan lebih profesional dan menarik kerana ia meningkatkan kualiti keseluruhan produk video anda.

 

Jenis-Jenis Masking di CapCut

Di CapCut, terdapat beberapa jenis masking yang boleh anda gunakan, antaranya:
 
  • Masking Bentuk (Shape Mask)

Ini termasuk bentuk asas seperti bulatan, segi empat, atau garis. Ia sesuai untuk membuat efek sederhana seperti menyembunyikan wajah atau objek dalam video.

  • Masking Cermin (Mirror Mask)

Memberikan efek refleksi atau bayangan yang boleh menambah kedalaman visual kepada video.

  • Masking Linear (Linear Mask)

Digunakan untuk membuat transisi atau perubahan gradual antara dua bahagian video.

Sekarang anda dah tahu fungsi masking dalam Capcut. Anda boleh cuba aplikasikan dalam editing video anda. Selamat mencuba!

Artikel Disyorkan

© 2024 Digievo Sdn Bhd (1423435-W) Hak Cipta Terpelihara. 

Isi Maklumat Anda

Kami akan Menghubungi Anda Dalam Masa Terdekat